Wednesday, May 6, 2009

Him & IZ 2

SELEPAS HARI SEMALAM AKU MELIHAT WAJAHNYA YANG BUJUR SIREH ITU..AKU MENJADI TIDAK KERUAN. MUJURLAH AKU MEMPUNYAI SEORANG TEMAN YANG AMAT SETIA KEPADA DIRIKU INI WALAU APA PUN MASALAH YANG MELANDA AKU PASTI DIA ADA DI SISI.AKU DAPAT TAHU BAHAWA BIDADARIKU ITU TINGGAL DI ASRAMA JUGA SEPERTI DIRIKU.TEMAN BAIKKU MENJADI ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGHUBUNGKAN KAMI SEHINGGA AKHIRNYA MENJADI PASANGAN YANG ROMANTIS. AKU DIMAKLUMKAN BAHAWA NAMANYA ASHIQIN. CUKUPLAH SEKADAR AKU MENGETAHUI NAMANYA BUAT LANGKAH PERTAMA DALAM USAHA MENJEJAK CINTANYA. AKU MEMBERANIKAN DIRI MENGHANTAR SURAT PERTAMA DALAM SEJARAH HIDUPKU....ALHAMDULILLAH KERANA SURATKU MENDAPAT JAWAPAN YANG MEMUASKAN HATIKU....SALAM PERKENALANKU BERBALAS ATAU DALAM ERTI KATA LAIN CINTAKU BERBALAS.!PELBAGAI KARENAH YANG BERLAKU ANTARA AKU DAN DIA SEPANJANG SESI PERKENALAN KAMI,UNTUK MENGELAKKAN ORANG LAIN MENGETAHUI HUBUNGAN KAMI,AKU DAN DIA SEPAKAT MENGGUNAKAN GELARAN LAIN BAGI MENGELIRUKAN SEMUA ORANG KECUALI TEMAN BAIKKU ITU. KERANA ITULAH NAMA KU DISEBUT SEBAGAI HIM MANAKALA DIA PULA IZ. AGAK LAMA KAMI MAMPU MENYEMBUNYIKAN IDENTITI ITU SEHINGGA AKHIRNYA DIKETAHUI ORANG JUA.NAMUN AKU BERSYUKUR KERANA SEMUA ORANG SEAKAN MERESTUI HUBUNGAN KAMI ITU MUNGKIN KERANA KAMI MEMPUNYAI REKOD DAN SAHSIAH YANG BAIK DAN TAK PERNAH MEMBUAT SEBARANG MASALAH YANG SERIUS KEPADA SEKOLAH MAHUPUN MANA PIHAK WALAUPUN PADA HAKIKATNYA SEMUA ORANG TIDAK TERLEPAS DARIPADA MEMBUAT KESILAPAN...HEHE LAWAK JUGA KADANG-KADANG APABILA AKU MEMIKIRKAN HAL ITU KERANA TITLE BUDAK BAIK SERING KALI DIBERIKAN KEPADA AKU. DIA JUGA SEORANG YANG CERDIK DAN ANGGUN...BIAR APA KAWAN-KAWAN KU KATA TENTANG DIA MENGENAI SUSUK TUBUHNYA YANG TAK MEMPUNYAI APA-APA NILAI...AKU PASTI MELENTING APABILA MENDENGAR PERKARA SEPERTI ITU KERNA AKU MENYANYANGINYA BUKAN BERDASARKAN HAWA NAFSU DAN SEGALA ISU PORNOLOGY MAHUPUN MATERIAL, AKU CINTAKAN DIA ATAS DASAR NALURI AKU SENDIRI. PERSETANKAN APA MEREKA KATA KERANA AKU TAHU YANG AKU AMAT SAYANG PADANYA SAMPAI KE HARI INI WALAUPUN KAMI BUKAN LAGI BERGELAR PASANGAN...

Him & IZ 1

hari ini hari kelima aku di sekolah ini sebagai seorang pelajar. SMK CLIFFORD , satu nama yang sudah tidak asing lagi di negeri mahupun negara ini kerana sekolah ini melahirkan jutaan pemimpin negara yang beribawa mahupun penghibur popular negara sejak puluhan tahun yang lalu sehingga ke hari ini. tahun 2013 genaplah umur 100 tahun sekolah ini. Hari ini aku ke makmal komputer sekolah untuk menghadiri kelas kemahiran komputer buat kali pertamanya di alam menengah. Ketika aku dan rakan sekelas yang lain melintasi satu kumpulan pelajar wanita dari kelas bersebelahan dengan kelasku..saat itu aku terpandang sepasang mata yang begitu menarik hatiku dan meragut perhatian dan naluri gerak hati lelakiku. dia juga menjelingku dan membuatkan jantungku berdegup kencang. namun masa tak menunggu manusia dan saat itu aku rasakan begitu singkat dan sebolehnya aku tak mahu melepaskannya pergi begitu drastik. lenggok badannya seakan memberiku isyarat bahawa dia juga tertarik padaku...setelah tamat kelas itu,aku pulang ke asrama bagai orang yang gila bayang. aku tekad bahawa aku harus mengenali bidadari itu..PASTI!

Tuesday, May 5, 2009

titipan kasih 3

Kini aku meneruskan pelajaran aku di salah sebuah sekolah menengah di negeri pahang. baru pagi tadi sekolahku mendapat pengiktirafan terbaru daripada KPM iaitu SEKOLAH KLUSTER. Walaupun pada hakikatnya sekolah ku telah menerima banyak pengiktirafan seperti SEKOLAH PRIMIER,SEKOLAH LESTARI,SEKOLAH SEKOLAH RANCANGAN KHAS dan banyak lagi. memang agak bangga la aku berada di sekolah ini walaupun sebenarnya aku pernah menyambung pelajaran aku di MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH. sebenarnya ada juga perasaan kesal kerna meninggalkan sekolah itu kerana semua orang sudah sedia maklum akan kebaikan dan peluang yang ada di sekolah itu. Tapi aku dah buat keputusan untuk meninggalkan sekolah itu,dan kerana itulah aku di sini. hari terakhir aku di MRSM membuat aku sedih dan keliru dengan keputusan yang aku ambil itu. sebelum aku berangkat pulang guruku yang juga orang yang paling rapat denganku sejak hari pertama aku di sana dan dialah orang yang bertanggungjawab menceburkan aku dalam dunia sastera. kini aku menjadi pembahas yang sudah biasa dengan banyak pertangdingan ,walaupun tidak semestinyan aku memenangi setiap pertandingan yang aku sertai itu,sekurang-kurangnya sudah banyak pengalaman yang telah aku timba untuk membina jati diri yang lenih mantap. berbalik kepada kisah kepulanganku dari MRSM, guruku itu,Cikgu Faridah merayau kepada aku dan ibu bapaku supaya tidak keluar dari sistem MRSM , namun hati ku begitu keras sehingga tidak kalah pada tangisan guru itu....sebenarnya banyak cara yang dia gunakan supaya aku tidak berpindah dari sana termasuklah miminta kekasih aku memujukku...namun semuanya tidak berjaya kerna aku bukan lelaki yang alah pada pujuk rayu wanita. akhirnya aku kembali semula ke bumi Clifford. pada hakikatnya aku tidak tahan dengan tekanan yang ku hadapi sewaktu di MRSM yang terlalu memaksa bagiku...setiap malam aku akan kembali ke bilik pada pukul 1 pagi setelah selesai latihan kawad kaki kedet polis dan latihan perbahasan. Memang aku begitu tertekan dan akhirnya mengambil keputusan drastik ini. Semua kawan-kawanku yang turut sama memasuki ke maktab itu kecewa dengan tindakan ku itu. sekali aku tegaskan bahawa aku bukanlah seorang lelaki yang tinggi egonya tetapi seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengubah pendirian yang aku rasakan terbaik untuk diri aku . Tanpa aku sedari perpindahan aku dari maktab telah menjejaskan hubungan aku dengan putriku...

titipan kasih 2

hrmmm....buka lembaran baru hari ini..perkara yang lepas jangan dikenang kerna ia mampu mengubah perjalanan hidupku yang masih muda. hampir setahun aku tidak menyapa mahupun mendekatinya akibat perasaan malu yang aku rasai.hari itu dia datang menyapaku buat kali pertama selespas satu tahun..persengketaan harus ditamatkan katanya..dan aku menyambut baik hajatnya. hubungan kami kembali pulih seperti sebelumnya tapi bukan sebagai orang yang istimewa di hatiku sebaliknya sebagai teman biasa. waktu itu aku masih lagi di tahun enam di SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP)KECHAU 1 dan akan menduduki UPSR...aku mahu fokus pada pelajaran dan membalas jasa kedua ibu bapaku. aku dan rakan-rakan menjadi perintis kepada pembaharuan secara revolusi di sekolahku yang mana mewujudkan satu progam yang dikenali sebagai AsramaMini. kami seramai hmpir 20 orang pelajar ditempatkan di surau sekolah yang dianggap asrama kami.itulah pengalaman pertama kami tinggal di asrama. walaubagaimanapun kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu. walaupun aku bukan lah pelajar yang memperoleh 5A,namun aku tetap bersyukur kerna dikurniakan 4A1B. alhamdulillah..........

titipan kasih 1

pertama kali aku mengenal erti cinta.....bagiku perkataan sebegitu amat mustahil untuk aku kenali apatah lagi merasai pengalaman diulik perasaan aneh itu.pernah juga berkali-kali aku mencuba untuk mendekati seseorang yang aku kenali itu tapi aku baru sedar bahawa aku hanyalah anak orang kebiasaan yang tak punya apa-apa harta....namun aku harus ingat bahawa aku masih punya maruah dan harga diri yang tak bisa diperkotak-katikkan. namun begitu perasaan aku begitu mendesak dan memaksa untuk mencuba meluahkan perasaan itu kepada rakan sekelasku itu walaupun sebenarnya aku belum benar-benar pasti akan perasaan baru itu...maklumlah,aku hanya pipit sedangkan dia seorang enggang kayangan..mungkin bodoh bunyinya apabila orang yang lebih rendah tarafnya cuba memikat mahupun meluahkan perasaan kepada teman karibnya sendiri.....biarlah apa orang mahu kata...persetankan kata-kata semua orang....aku yang memiliki diri ini...aku empunya anugerah yang maha Esa ini....petang itu dia mendesak untuk mengetahui gadis yang berjaya menawan hatiku...tanpa dia ketahui sebenarnya dialah gadis itu. selepas acap kali aku didesak untuk melakukan sedemikian,akhirnya aku mengutuskan secebis luahan hati yang aku coretkan tintanya pada secebis kertas usang. pada malam itu,aku menghadiri sebuah majlis kenduri perkahwinan di hadapan rumahku dan paling mengejutkan,dia turut hadir pada malam itu...aku mengharapkan jawapan yang positif,namun apakan daya aku hanya merancang dan dia yang membuat keputusan kerna aku bukan jenis lelaki yang suka memaksa mahupun merayu simpati orang lain terutamanya insan yang bernama wanita.malam itu dia membawaku ke suatu sudut yang jauh dari pandangan orang lain. tanpa sebarang kata dia terus meninggalkan aku yang penuh dengan tanda tanya akibat perubahan sikapnya yang mendadak itu selepas menyerahkan sepucuk surat. hampir terkeedu aku apabila ku baca isi surat itu bagaikan seluruh alam ini dilanda wabak penyakit yang menyebabkan kematian seluruh penduduk, sunyi dan sepi kurasakan...