Tuesday, May 5, 2009
titipan kasih 2
hrmmm....buka lembaran baru hari ini..perkara yang lepas jangan dikenang kerna ia mampu mengubah perjalanan hidupku yang masih muda. hampir setahun aku tidak menyapa mahupun mendekatinya akibat perasaan malu yang aku rasai.hari itu dia datang menyapaku buat kali pertama selespas satu tahun..persengketaan harus ditamatkan katanya..dan aku menyambut baik hajatnya. hubungan kami kembali pulih seperti sebelumnya tapi bukan sebagai orang yang istimewa di hatiku sebaliknya sebagai teman biasa. waktu itu aku masih lagi di tahun enam di SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP)KECHAU 1 dan akan menduduki UPSR...aku mahu fokus pada pelajaran dan membalas jasa kedua ibu bapaku. aku dan rakan-rakan menjadi perintis kepada pembaharuan secara revolusi di sekolahku yang mana mewujudkan satu progam yang dikenali sebagai AsramaMini. kami seramai hmpir 20 orang pelajar ditempatkan di surau sekolah yang dianggap asrama kami.itulah pengalaman pertama kami tinggal di asrama. walaubagaimanapun kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu. walaupun aku bukan lah pelajar yang memperoleh 5A,namun aku tetap bersyukur kerna dikurniakan 4A1B. alhamdulillah..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment