Tuesday, May 5, 2009
titipan kasih 1
pertama kali aku mengenal erti cinta.....bagiku perkataan sebegitu amat mustahil untuk aku kenali apatah lagi merasai pengalaman diulik perasaan aneh itu.pernah juga berkali-kali aku mencuba untuk mendekati seseorang yang aku kenali itu tapi aku baru sedar bahawa aku hanyalah anak orang kebiasaan yang tak punya apa-apa harta....namun aku harus ingat bahawa aku masih punya maruah dan harga diri yang tak bisa diperkotak-katikkan. namun begitu perasaan aku begitu mendesak dan memaksa untuk mencuba meluahkan perasaan itu kepada rakan sekelasku itu walaupun sebenarnya aku belum benar-benar pasti akan perasaan baru itu...maklumlah,aku hanya pipit sedangkan dia seorang enggang kayangan..mungkin bodoh bunyinya apabila orang yang lebih rendah tarafnya cuba memikat mahupun meluahkan perasaan kepada teman karibnya sendiri.....biarlah apa orang mahu kata...persetankan kata-kata semua orang....aku yang memiliki diri ini...aku empunya anugerah yang maha Esa ini....petang itu dia mendesak untuk mengetahui gadis yang berjaya menawan hatiku...tanpa dia ketahui sebenarnya dialah gadis itu. selepas acap kali aku didesak untuk melakukan sedemikian,akhirnya aku mengutuskan secebis luahan hati yang aku coretkan tintanya pada secebis kertas usang. pada malam itu,aku menghadiri sebuah majlis kenduri perkahwinan di hadapan rumahku dan paling mengejutkan,dia turut hadir pada malam itu...aku mengharapkan jawapan yang positif,namun apakan daya aku hanya merancang dan dia yang membuat keputusan kerna aku bukan jenis lelaki yang suka memaksa mahupun merayu simpati orang lain terutamanya insan yang bernama wanita.malam itu dia membawaku ke suatu sudut yang jauh dari pandangan orang lain. tanpa sebarang kata dia terus meninggalkan aku yang penuh dengan tanda tanya akibat perubahan sikapnya yang mendadak itu selepas menyerahkan sepucuk surat. hampir terkeedu aku apabila ku baca isi surat itu bagaikan seluruh alam ini dilanda wabak penyakit yang menyebabkan kematian seluruh penduduk, sunyi dan sepi kurasakan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment