Wednesday, May 6, 2009
Him & IZ 1
hari ini hari kelima aku di sekolah ini sebagai seorang pelajar. SMK CLIFFORD , satu nama yang sudah tidak asing lagi di negeri mahupun negara ini kerana sekolah ini melahirkan jutaan pemimpin negara yang beribawa mahupun penghibur popular negara sejak puluhan tahun yang lalu sehingga ke hari ini. tahun 2013 genaplah umur 100 tahun sekolah ini. Hari ini aku ke makmal komputer sekolah untuk menghadiri kelas kemahiran komputer buat kali pertamanya di alam menengah. Ketika aku dan rakan sekelas yang lain melintasi satu kumpulan pelajar wanita dari kelas bersebelahan dengan kelasku..saat itu aku terpandang sepasang mata yang begitu menarik hatiku dan meragut perhatian dan naluri gerak hati lelakiku. dia juga menjelingku dan membuatkan jantungku berdegup kencang. namun masa tak menunggu manusia dan saat itu aku rasakan begitu singkat dan sebolehnya aku tak mahu melepaskannya pergi begitu drastik. lenggok badannya seakan memberiku isyarat bahawa dia juga tertarik padaku...setelah tamat kelas itu,aku pulang ke asrama bagai orang yang gila bayang. aku tekad bahawa aku harus mengenali bidadari itu..PASTI!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment