Tuesday, May 5, 2009
titipan kasih 3
Kini aku meneruskan pelajaran aku di salah sebuah sekolah menengah di negeri pahang. baru pagi tadi sekolahku mendapat pengiktirafan terbaru daripada KPM iaitu SEKOLAH KLUSTER. Walaupun pada hakikatnya sekolah ku telah menerima banyak pengiktirafan seperti SEKOLAH PRIMIER,SEKOLAH LESTARI,SEKOLAH SEKOLAH RANCANGAN KHAS dan banyak lagi. memang agak bangga la aku berada di sekolah ini walaupun sebenarnya aku pernah menyambung pelajaran aku di MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH. sebenarnya ada juga perasaan kesal kerna meninggalkan sekolah itu kerana semua orang sudah sedia maklum akan kebaikan dan peluang yang ada di sekolah itu. Tapi aku dah buat keputusan untuk meninggalkan sekolah itu,dan kerana itulah aku di sini. hari terakhir aku di MRSM membuat aku sedih dan keliru dengan keputusan yang aku ambil itu. sebelum aku berangkat pulang guruku yang juga orang yang paling rapat denganku sejak hari pertama aku di sana dan dialah orang yang bertanggungjawab menceburkan aku dalam dunia sastera. kini aku menjadi pembahas yang sudah biasa dengan banyak pertangdingan ,walaupun tidak semestinyan aku memenangi setiap pertandingan yang aku sertai itu,sekurang-kurangnya sudah banyak pengalaman yang telah aku timba untuk membina jati diri yang lenih mantap. berbalik kepada kisah kepulanganku dari MRSM, guruku itu,Cikgu Faridah merayau kepada aku dan ibu bapaku supaya tidak keluar dari sistem MRSM , namun hati ku begitu keras sehingga tidak kalah pada tangisan guru itu....sebenarnya banyak cara yang dia gunakan supaya aku tidak berpindah dari sana termasuklah miminta kekasih aku memujukku...namun semuanya tidak berjaya kerna aku bukan lelaki yang alah pada pujuk rayu wanita. akhirnya aku kembali semula ke bumi Clifford. pada hakikatnya aku tidak tahan dengan tekanan yang ku hadapi sewaktu di MRSM yang terlalu memaksa bagiku...setiap malam aku akan kembali ke bilik pada pukul 1 pagi setelah selesai latihan kawad kaki kedet polis dan latihan perbahasan. Memang aku begitu tertekan dan akhirnya mengambil keputusan drastik ini. Semua kawan-kawanku yang turut sama memasuki ke maktab itu kecewa dengan tindakan ku itu. sekali aku tegaskan bahawa aku bukanlah seorang lelaki yang tinggi egonya tetapi seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengubah pendirian yang aku rasakan terbaik untuk diri aku . Tanpa aku sedari perpindahan aku dari maktab telah menjejaskan hubungan aku dengan putriku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment